Sistem Untuk Hapuskan Hutang

Posted by Ujang on 06:20 AM, 18-May-12

Hari ini saya akan berkongsi tips untuk bebas dari hutang! Oleh itu anda memyimpan duit lebih untuk menikmati hidup yang lebih baik..

Biasanya sistem yang mudah adalah yang terbaik. Dan saya rasa ianya termasuk cara
melenyapkan hutang. Dalam mas beberapa tahun saya telah mencuba pelbagai sistem untuk bebas dari hutang, dan saya akan kongsikan salah satu sistem yang terbaik pernah saya cuba untuk anda wink


Get cash from your website. Sign up as affiliate.Kliklah Gambar Ini

Anda perlu kuatkan semangat untuk mengikuti 10 langkah berikut.. dan matlamat anda untuk bebas daripada hutang
pasti akan tercapai.

1. PERIKSA rekod perbelanjaan untuk tempoh 12 bulan. Setahun adalah jangka masa yang tepat untuk melihat apa yang berlaku. Jadi lihat semua perbelanjaan, penyata bank, rekod buku cek, penyata
kad kredit atau apa sahaja rekod yang anda ada.

Dan untuk perbelanjaan yang menggunakan wang tunai, bawa buku nota untuk beberapa minggu dan tulis semua perbelanjaan
anda, walaupun untuk membel goreng pisang makcik. Akhirnya, anda akan dapati betapa sedikit akan menjadi bukit. Saya
telah mencubanya dan memang agak mencabar tetapi berkesan... hehe

2. KIRAKAN jumlah perbelanjaan anda dalam sebulan, dengan mencampurkan semua bil yang perlu anda bayar dalam sebulan.

3. TULISKAN senarai hutang yang anda tanggung. Jangan lupa masukkan sekali ansuran rumah. Telefon bank jika anda tidak
pasti berapa hutang yang anda ada.(Pastikan ada selalu kemas kinikan rekod senarai hutang ini)

4. BUAT SENARAI pembayara minima yang perlu anda lakuka setiap bulan. Katakan anda perl membayar RM2000 setiap bulan.

5. TENGOK BAKI yang perlu anda bayar,dengan anggapan bahawa anda membayar setiap bulan tanpa ada yang tertunggak.

6. SENARAIKAN hutang anda supaya hutang yang sedikit diatas sekali, dan yang banyak terleta dibawah. Jangan lupa senaraikan semua hutang anda.
Contohnya:
1)Hutang motor RM2000
2)Hutang kad kredit RM5,000
3)Hutang kereta RM50,000
4)Hutang rumah RM80,000

7. Sekarang anda perl 'MENYERANG' untuk membayar hutang yang sedikit dahulu. Buat
keutamaan untuk habiskan hutang yang sedikit dahulu (tv?) dan akhir sekali hutang yang aga besar, contohnya kereta atau
rumah.

8. Pada langkah Nombor 4, anda telah kirakan jumlah minima hutang yang perlu anda bayar setiap bulan iaitu RM2000.
Sematkan di minda anda untuk tambahkan sebanyak 10% daripada jumlah tersebut, iaitu
RM200!

9. Untuk mempunyai tambahan RM200 untuk membayar hutang, kurangkan RM200 daripada
perbelanjaan, dan simpan untuk membayar hutang. Cuba fikirkan semua cara untuk
mengumpulkan RM200 ini.

Anda perlu berbincang dengan keluarga anda apa yang perlu dan tidak perlu dibeli.
Contohnya jika anda selalu makan diluar, cuba kurangkan. Jika anda merokok, cuba berhenti.Jika anda berusaha, pastinya anda
temui jalan untuk jimatkan paling kurang RM200 sebulan.

10. Gunakan wang tambahan RM200 ini untuk membayar hutang No.1 anda yang kecil dahulu. Jika anda membayar RM100 sebelum
ini, sekarang anda bayar RM300 (RM100+RM200). Apabila habis hutang pertama, gunakan RM300 untuk tambahkan bayaran kepada hutang kedua. Jika sebelum ini anda membayar RM200 untuk
hutang kedua, anda bayar RM500 (RM200+RM300) selepas hutang pertama
habis. Ianya akan memberikan impak maksima untuk melangsaikan hutang anda dengan cepat.

Teruskan penambahan sehingga ke senarai yang terakhir. Dengan cara ini anda akan bebas dari hutang dalam masa beberapa
tahun. Kelebihan daripada sistem ini bermula hanya daripada RM200 yang anda jimatkan, dan ianya bertambah sebaik sahaja hutang pertama anda habis.

Kawan, gunakan teknik ini dan anda pasti terkejut dengan hasilnya dalam masa beberapa tahun akan datang. Dan jangan
biarkan anak-anak anda sengsara
kerana terpaksa menanggung semua beban hutang anda nanti.
Get cash from your website. Sign up as affiliate.
Kliklah Gambar Ini
Dengan sistem ini, anda boleh hapuskan
hutang dengan lebih cepat. Oleh itu
anda tida perlu lagi risau bagaimana nak
bayar hutang setiap hujung bulan. Bayangkan jika tiada hutang, berapa yang kita boleh simpan di bank.

Lelaki Berjubah Putih Mengangkat Pemuda Syahid Dengan Sebelah Tangan..SIAPAKAH DIA??

Posted by Ujang on 03:45 AM, 18-May-12

Ketika askar upahan rejim Basyar Al-Assad sedang menggila membunuh penunjuk perasaan, tiba-tiba keluar sosok tubuh seorang lelaki berjubah putih dari arah sebelah tentera Basyar Al-Assad. Lelaki itu mengangkat mangsa yang syahid dibunuh askar upahan Basyar Al-Assad dengan tenang sedangkan di belakangnya ada tentera bersenjata. Kelihatan lelaki berjubah putih itu tenang mengangkat pemuda yang telah mati syahid itu dengan sebelah tangan sahaja. Siapakah lelaki berjubah... [Read More]

Kepala Yatt Melekat,Nampak Wanita Dipanggang Ketika Sujud Taubat

Posted by Ujang on 04:32 PM, 17-May-12

ThumbnailPelakon Yatt Hamzah, 32 terkejut apabila kepalanya melekat lebih setengah jam pada sejadah ketika dia melakukan solat taubat baru-baru ini. Dalam sujud yang lama itu, Yatt berkata, dia nampak jelas setiap wanita mendedahkan aurat dipanggang api neraka yang amat dahsyat. "Yatt menangis sambil menggigil ketakutan menyaksikan azab yang diterima wanita tidak menutup aurat." Sebelum itu dia bersama rakan menghadiri usrah pada 5 April lalu.... [Read More]

Rampas Pil Diperbuat Daripada Janin Manusia

Posted by Ujang on 06:08 PM, 16-May-12

ThumbnailSeoul – Kerajaan Korea Selatan berjaya merampas beribu-ribu pil yang diperbuat daripada janin bayi dan digunakan untuk tujuan perubatan. Ubat berkenaan dipercayai dihasilkan di China. Menurut Perkhidmatan Kastam Korea Selatan, ubat itu dihasilkan daripada bayi yang telah meninggal dunia, sebelum mayatnya dipotong kecil dan dimasukkan ke dalam oven untuk dikeringkan. Ia kemudiannya dihancurkan serta dimasukkan ke dalam kapsul dan dicampur dengan herba untuk dijadikan sebagai ubat... [Read More]

Nomophobia penyakit fobia tanpa telefon

Posted by Ujang on 04:19 PM, 14-May-12

ThumbnailMasyarakat zaman moden kini berdepan dengan sejenis penyakit baru yang dikenali sebagai nomophobia atau fobia tanpa telefon. Dianggarkan lebih 66 peratus daripada penduduk Britain kini memilih untuk 'bersama' dengan telefon sepanjang masa dan tidak boleh berpisah dengan alat telekomuniskasi itu walaupun sekejap. Antara tanda-tanda seseorang itu berdepan dengan masalah nomophobia adalah tidak boleh mematikan telefon, sentiasa memeriksa panggilan tidak dijawab, mesej pesanan... [Read More]

Turn your traffic into cash

Posted by Ujang on 09:48 AM, 13-May-12

ThumbnailEARN MONEY FROM YOUR WEBPAGE Turn your valuable site visitors into profit.Work online and join our free money making affiliate program. We offer the most pay-per-click rate to help increase your money stream. Join our revenue making program absolutely free and 100% risk free. Sign Up... Start collecting steady partner income Our earning money program really can make you cash on the same day. Begin... [Read More]